Sunday, December 6, 2009
Pagi tadi sekali lagi power rangers ku menggerakkan aku bangun dari tidur ku yang tak berapa nak nyenyak. Kali ini nombor yang tertera di skrin telefonku bukanlah rakan-rakanku tetapi dari nombor yang aku bukan setakat tak kenali tetapi agak pelik kerana hanya mempunyai 5 angka. Tanpa membuang masa aku pun membukanya dan isi kandungan SMS tersebut berbunyi begini
"RM 0.00 Sila layari i-student portal UiTM untuk maklumat lanjut tentang penerapan ke Ijazah Sarjana Muda."
Perkara pertama yang terlintas di kepala dalam keadaan yang agak tak betul itu adalah
"Gila ke apa??" (bukan apa UiTM memang selalu bagi SMS merepek dan tidak berkenaan)
Setelah dah tak mampu berfikir dengan agak logik lagi tika itu aku pun menyambung semula tidurku. Tidur yang kurang nak lena itu akhirnya terpaksa dibatalkan memandangkan ada kenduri kahwin jiranku yang harus dihadiri.
Apabila bangun segala macam gear dalam kepala otak ni mula generate sedikit demi sedikit. TIba-tibe terlintas di otak mengenai SMS tadi. Kepala otak mula memproses bait-bait kandungan SMS tersebut dan mula mengimbas dan memuhasabah status diri ini.
Baru aku sedar yang walaupun aku bukanlah pelajar tahun akhir diploma namun UiTM telah mengadakan 1 program yang membantu pelajar-pelajar untuk menggenggam segulung ijazah dengan lebih cepat.
Program tersebut ialah 'PENERAPAN PELAJAR SEMESTER 3 KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA' ataupun dengan nama lainnya 'FAST TRACK'.
Program ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar bahagian 3 kursus-kursus tertentu dan yang mendapat CGPA 3.0 ke atas untuk terus ke Program Ijazah Sarjana Muda pada semester hadapan.
Apabila bercakap mengenai program ini boleh dikatakan kesemua pelajar akan mula excited. Walaupun aku yang pada mulanya sewaktu berada di part 2 yang di mana hanya rakan-rakan sebilik dan jiran-jiran sebelah-menyebelahku sahaja baru perkatakan mengenai program ini, rakan-rakan sekelasku masih belum bercakap-cakap mengenai ini, aku sudah menyatakan yang aku tidak berminat dengan program ini kerana aku dapat predict consequencesnya.
Namun tembok hatiku nyata rapuh dan roboh juga di saat rakan-rakan sekelasku mula merancang masa hadapan mereka dengan memilih kursus yang mereka inginkan untuk bachelor secara serius dan apabila aku bertanya seorang demi seorang mengenai program ini hampir kesemuanya berkata yang mereka ingin mengikuti program ini kalau berpeluang. Aku, sebagai pelajar yang boleh dikatakan mencapai CGPA yang agak tinggi di dalam kelas itu(bukan nk berlagak or wateva aa.. kalau aku nak berlagak dah lama aku bagitau betul2 berapa yang aku dapat sebenarnya waktu part 1 dulu) sudah semestinya antara yang berpeluang untuk dapat chances ni so most people expect me to follow this program and that's also affect my decision. Dan apabila ramai juga yang memberi alasan dengan "kalau ramai yang dapat dan nak pergi takkan nak tinggal kita je kan" turut menjadi salah satu faktor. Faktor yang terakhir adalah apabila kita hanya mampu melihat rakan-rakan dari matrikulasi sudah mula mengorak langkah mereka sebagai pelajar bachelor sedangkan kita masih lagi di tahap diploma. Bayangkanlah betapa kecilnya rasa diri ini apabila mereka-mereka sudah lebih satu tapak ke hadapan dan kita masih lagi terkiak-kial di belakang dan tak mampu untuk mengejar dan memintas mereka.
Tetapi jelas ini semua hanyalah pemikiran pendek dan pemikiran tidak matang pelajar-pelajar diploma. Setelah memuhasabah diri dan berbincang dengan ibuku yang terchenta, aku mula mencari pro & con melalui program ini. Jelas terdapat banyak keburukan yang dapatku terokai melalui program ini jika dibandingkan dengan merintih untuk mendapatkan diploma dahulu.
Antaranya ialah :
walaupun dapat terus ke degree namun masa belajar hanya kurang satu semester berbanding dengan menghabiskan diploma seterusnya ke degree kerana fast track perlu bermula dari part 1 degree dan jangka masa hingga grad adalah 6 semester. dan jika menghabiskan diploma kemudian baru sambung ke degree, ialah 3 semester diploma dan 4 semester degree.
bachelor sudah semestinya lebih susah berbanding diploma. dengan credit hours yang dalam lingkungan 20 untuk satu semester dan subjek pun lebih banyak. jika menghabiskan diploma aku hanya perlu menempuh 4 sem degree sahaja berbanding 6 sem.
kalau aku grad dip dan sambung degree tetapi sangkut dan tak boleh carry, sekurang-kurangnya aku sudah mempunyai sijil diploma. walaupun tak seberapa namun aku rasa lebih baik jika dibandingkan aku yang sambung degree tanpa sebarang sijil diploma dan sangkut.
Sebelum cuti aku sudah mula mempengaruhi pemikiran rakan-rakan dengan pendirianku dengan mengatakan "Aku TAKKAN ikut fast track tu" dan aku juga menerangkan mengenai keburukan-keburukannya juga. Namun sama ada mereka terpengaruh atau tidak semuanya terletak di hati mereka sendiri. Sekurang-kurangnya aku sudah mencuba.
Sedang menulis tentang ini, aku mula terfikir, sebenarnya rakan-rakan sekelasku kebanyakannya seperti tidak mampu untuk berfikir panjang. Selain daripada kes fast track ini satu lagi faktor yang membuatkan aku berani untuk mengeluarkan statement itu ialah apabila kami perlu memilih subjek elektif apa yang akan diambil sem hadapan.
Subjek-subjek tersebut agak tidak berkaitan dengan kami iaitu kalau tidak silap multimedia, software engineering(not sure), berkenaan bisnes dan satu lagi aku tak ingat berkenaan apa tetapi codenya ialah QMT. Semuanya 3 credit hours kecuali QMT iaitu 4. Hampir kesemuanya memilih QMT tersebut kerana semasa di part 1 kami sudah belajar QMT100 dan ramai yang dapat A dan semua tidak mahu mengambil multimedia & software engin kerana codenya CSC dan pada part 2 CSC adalah subjek yg sangat susah dan ramai yang dpt teruk termasuk aku sendiri. Tetapi aku tidak mengikut pilihan mereka dengan memilih QMT itu juga, aku mengkaji setiap mata pelajaran tersebut dan aku dapati yang QMT tersebut bukanlah QMT yang berkaitan dengan yang kami pelajari dahulu. Codenya mungkin sama tapi kandungan pembelajarannya sangat berlainan. Aku dengan confidentnya telah menolak QMT dari pilihanku kerana aku tidak mahu dibebani dengan 1 lagi subjek yang mempunyai 4 credit hours kerana pada sem hadapan aku sudah ada 2 subjek yang 4 credit hours. Apabila aku mengemukakan teori aku mengenai itu barulah mereka semua agak membuka mata mereka dan mula memadam kembali pilihan QMT yang mereka tanda.
Aku bukanlah hendak menunjuk diri aku bagus atau mengutuk rakan-rakanku sendiri atau apa pun tetapi aku cuma ingin memberi contoh betapa singkatnya pemikiran seseorang yang sudah bergelar siswa atau siswi. Walau sudah mendapat gelaran itu namun tahap pemikiran masih lagi umpama pelajar sekolah. Bagaimanakah bangsa kita ingin maju dengan tahap pemikiran begini? Tidak hairanlah kini bagaimana bangsa asing sudah mula menguasai negara kita secara senyap. Lagi 1 persoalan yang menjadi tanda tanyaku dan ramai lagi iaitu Inikah dinamakan pelapis bangsa? Jika keputusan yang ingin dibuat untuk diri sendiri pun tidak mampu dibuat dengan baik bagaimanakah mereka akan membuat keputusan untuk dan demi orang lain?
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL..
p/s : Takziah diucapkan kepada jiranku yang kehilangan 2 insan tersayang berturut-turut. suaminya pada hari rabu yang lepas dan anaknya pada tengahari tadi. umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Ya ALLAH Ya Tuhanku, kau kuatkan dan teguhkanlah hati mereka untuk menempuh segala dugaanMu ini Ya ALLAH. Marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada kedua-dua arwah. al-Fatihah.
Labels: isu-isu semasa, luahan hati, merepek jap, uitm
;
1:29 AM
***