this is where your cbox should be! (:
so you can have msg + stuff ^^
Friday, March 19, 2010
KYAAA!!!!!!!
finally after nearly a year NEWS new PV has finally being exposed!!
cute??
don't ask me coz I don't even get a chance to watch it yet.. internet is so damn slow.. plus I don't want this LQ flv file.. I WANT THE HD!!! damn why is the file is so big 325MB for avi files.. usually avi is quite smaller than mpg coz most of my PV are in mpg and they are quite large but not as large as this.. even my koi no ABO mpg files was only about 198MB only.. my problem is not about hard disk or watever but how long will it take for me to dl it.. thinkin bout it makes me goin crazy.. I wanna use streamyx or wimax!!
well talk bout this song I don't really like it coz it's so arashic. NEWS should have got a better song and got more solos.. dunno whether I will change my opinion after I watch the PV.. just wait and see..
btw I just finished watched YamaNade ep.6.. I know it's a bit late but I'm pretty busy these days but its ok wat ep.7's softsubs still haven't being posted yet..
ok in this ep Tegoshi choo kawaii!! with his childish attitude owh I wanna pinch him!! he's cute in every ep actually..huhu but in this ep I also get to see him fightin and got beaten coz he's so weak..LOL.. and his cloth.. weird demo kawaii!! this time he hanged sumting big and fluffy on his pants.. it's really2 weird.. and he also carry a yellow childish/girlish like bag.. owh please grow up a bit tesshi-kun.. and he's CROSS DRESSING again!! haha funny how massu complaining bout his habit of cross dressing lately in Tegomass no Uta DVD.. but it suits him.. I think he should have been born as a girl...ROFL..
another thing bout this ep is kame's new hair.. dat stupid turtle.. cut his hair so short.. if it's yamapi I'm sure he would be crying and begging not to cut his hair..LOL.. KAME PLEASE GROW UR HAIR FAST!!! it is so BUSUKAME!! here'a a tip.. go to yun nam hair care..LMAO
I also watched Tokujo Kabachi!! ep.4 & 5.. Sho's been hit so many times.. poor him.. LOL..
hoho.. totally out of subject alredy..
ciao!!
P/S : yay!! I have alredy pre-ordered tegomass no ai LE album tgether wit sakura girl LE n tanabata matsuri swedish ed. from hmv jp!! and now eagerly waitin for my NEWS 2010-2011 school calendar which being shipped last friday I think.. I got the bestest price this time.. it's less than RM100!! can u believe it?? yeah this time I managed to grabbed it from play-asia.. with almost the same price as original price plus free shipping!! I LOVE PLAY-ASIA!!
quotation dr seseorang berkenaan perkara berbangkit
"ntah r. x sure la.. tp rse ny smbung lg kot. coz serapan ke degree ni kn bru bt.. so, jpa mybe tukar la psl program kte ni"
logik ke??
miracle mungkin
obviously otak semput lagi.. (bukan aku aa..)
p/s:
1. sebarang ketidak fahaman mengenai quotation di atas amatlah dikesali.. seperti yang tertera ianya adalah quatiation jadi saya tidak berhak untuk merombak apa2..
2. anda tidak faham keseluruhan teks?? rujuk entry 6 & 8 Disember 2009.. sekian terima kasih
malas nak citer.. kalau nak citer pun kasi wa ilang semangat.. tapi wa citer aa gak ckit je..
wa punyer result sem ni mmg aa naik dr sem lepas.. tu pun ciput je tapi wa punye cgpa turun lagi siott.. makin lama makin turun mmg kasi wa sugul giler nak mati ni.. ni la yang terjadi apabila expectation exceeds abilities..
dah aa malas citer lbey2.. dengan ini wa tutup ini entry dan ini topic.. sem depan sambung balik..
Selepas hampir sebulan yang lepas kami bertungkus lumus berperang bermati-matian menghadapi musuh tradisi iaitu kertas peperiksaan, akhirnya hari yang dinanti-nantikan oleh berpuluh/beratus ribuan pelajar-pelajar UiTM seluruh Malaysia sudah tiba iaitu hari keluarnya keputusan peperiksaan sesi Jul-Dis 2009. Yang tinggal sekarang hanyalah menanti detik untuk ke jam 10 malam.
Tiada sebarang kata yang mampu terungkap kini. Bila berada dalam situasi begini semuanya serba tak kena. sebelum hari ini soalan yang berlegar-legar di sekeliling otakku ialah 'kenapa CEPAT sangat result dah nak keluar dah ni?' kini soalan tersebut sudah bertukar shif dengan soalan 'kenapa LAMBAT sangat nak tunggu pukul 10 ni?'
Pelik kan? Benda bila jauh kita kata cepat tapi bila dah dekat kita kata lambat. Vice versa, contrapositive, paradox dan segala macam lagi term2 yang sewaktu dengannya. Sindrom-sindrom ini boleh terjadi apabila kestabilan otak tak mencapai piawaian dan indeks purata degupan jantung tak menentu.
Penyakit ini akan berlanjutan sehingga result diketahui insyaallah malam ini. Tetapi jika penyakit ini masih lagi berlanjutan selepas mengetahui result silalah membuat temu janji dengan doktor-doktor pakar untuk rawatan susulan.
Pagi tadi sekali lagi power rangers ku menggerakkan aku bangun dari tidur ku yang tak berapa nak nyenyak. Kali ini nombor yang tertera di skrin telefonku bukanlah rakan-rakanku tetapi dari nombor yang aku bukan setakat tak kenali tetapi agak pelik kerana hanya mempunyai 5 angka. Tanpa membuang masa aku pun membukanya dan isi kandungan SMS tersebut berbunyi begini
"RM 0.00 Sila layari i-student portal UiTM untuk maklumat lanjut tentang penerapan ke Ijazah Sarjana Muda."
Perkara pertama yang terlintas di kepala dalam keadaan yang agak tak betul itu adalah
"Gila ke apa??" (bukan apa UiTM memang selalu bagi SMS merepek dan tidak berkenaan)
Setelah dah tak mampu berfikir dengan agak logik lagi tika itu aku pun menyambung semula tidurku. Tidur yang kurang nak lena itu akhirnya terpaksa dibatalkan memandangkan ada kenduri kahwin jiranku yang harus dihadiri.
Apabila bangun segala macam gear dalam kepala otak ni mula generate sedikit demi sedikit. TIba-tibe terlintas di otak mengenai SMS tadi. Kepala otak mula memproses bait-bait kandungan SMS tersebut dan mula mengimbas dan memuhasabah status diri ini.
Baru aku sedar yang walaupun aku bukanlah pelajar tahun akhir diploma namun UiTM telah mengadakan 1 program yang membantu pelajar-pelajar untuk menggenggam segulung ijazah dengan lebih cepat.
Program tersebut ialah 'PENERAPAN PELAJAR SEMESTER 3 KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA' ataupun dengan nama lainnya 'FAST TRACK'.
Program ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar bahagian 3 kursus-kursus tertentu dan yang mendapat CGPA 3.0 ke atas untuk terus ke Program Ijazah Sarjana Muda pada semester hadapan.
Apabila bercakap mengenai program ini boleh dikatakan kesemua pelajar akan mula excited. Walaupun aku yang pada mulanya sewaktu berada di part 2 yang di mana hanya rakan-rakan sebilik dan jiran-jiran sebelah-menyebelahku sahaja baru perkatakan mengenai program ini, rakan-rakan sekelasku masih belum bercakap-cakap mengenai ini, aku sudah menyatakan yang aku tidak berminat dengan program ini kerana aku dapat predict consequencesnya.
Namun tembok hatiku nyata rapuh dan roboh juga di saat rakan-rakan sekelasku mula merancang masa hadapan mereka dengan memilih kursus yang mereka inginkan untuk bachelor secara serius dan apabila aku bertanya seorang demi seorang mengenai program ini hampir kesemuanya berkata yang mereka ingin mengikuti program ini kalau berpeluang. Aku, sebagai pelajar yang boleh dikatakan mencapai CGPA yang agak tinggi di dalam kelas itu(bukan nk berlagak or wateva aa.. kalau aku nak berlagak dah lama aku bagitau betul2 berapa yang aku dapat sebenarnya waktu part 1 dulu) sudah semestinya antara yang berpeluang untuk dapat chances ni so most people expect me to follow this program and that's also affect my decision. Dan apabila ramai juga yang memberi alasan dengan "kalau ramai yang dapat dan nak pergi takkan nak tinggal kita je kan" turut menjadi salah satu faktor. Faktor yang terakhir adalah apabila kita hanya mampu melihat rakan-rakan dari matrikulasi sudah mula mengorak langkah mereka sebagai pelajar bachelor sedangkan kita masih lagi di tahap diploma. Bayangkanlah betapa kecilnya rasa diri ini apabila mereka-mereka sudah lebih satu tapak ke hadapan dan kita masih lagi terkiak-kial di belakang dan tak mampu untuk mengejar dan memintas mereka.
Tetapi jelas ini semua hanyalah pemikiran pendek dan pemikiran tidak matang pelajar-pelajar diploma. Setelah memuhasabah diri dan berbincang dengan ibuku yang terchenta, aku mula mencari pro & con melalui program ini. Jelas terdapat banyak keburukan yang dapatku terokai melalui program ini jika dibandingkan dengan merintih untuk mendapatkan diploma dahulu.
Antaranya ialah :
walaupun dapat terus ke degree namun masa belajar hanya kurang satu semester berbanding dengan menghabiskan diploma seterusnya ke degree kerana fast track perlu bermula dari part 1 degree dan jangka masa hingga grad adalah 6 semester. dan jika menghabiskan diploma kemudian baru sambung ke degree, ialah 3 semester diploma dan 4 semester degree.
bachelor sudah semestinya lebih susah berbanding diploma. dengan credit hours yang dalam lingkungan 20 untuk satu semester dan subjek pun lebih banyak. jika menghabiskan diploma aku hanya perlu menempuh 4 sem degree sahaja berbanding 6 sem.
kalau aku grad dip dan sambung degree tetapi sangkut dan tak boleh carry, sekurang-kurangnya aku sudah mempunyai sijil diploma. walaupun tak seberapa namun aku rasa lebih baik jika dibandingkan aku yang sambung degree tanpa sebarang sijil diploma dan sangkut.
Sebelum cuti aku sudah mula mempengaruhi pemikiran rakan-rakan dengan pendirianku dengan mengatakan "Aku TAKKAN ikut fast track tu" dan aku juga menerangkan mengenai keburukan-keburukannya juga. Namun sama ada mereka terpengaruh atau tidak semuanya terletak di hati mereka sendiri. Sekurang-kurangnya aku sudah mencuba.
Sedang menulis tentang ini, aku mula terfikir, sebenarnya rakan-rakan sekelasku kebanyakannya seperti tidak mampu untuk berfikir panjang. Selain daripada kes fast track ini satu lagi faktor yang membuatkan aku berani untuk mengeluarkan statement itu ialah apabila kami perlu memilih subjek elektif apa yang akan diambil sem hadapan.
Subjek-subjek tersebut agak tidak berkaitan dengan kami iaitu kalau tidak silap multimedia, software engineering(not sure), berkenaan bisnes dan satu lagi aku tak ingat berkenaan apa tetapi codenya ialah QMT. Semuanya 3 credit hours kecuali QMT iaitu 4. Hampir kesemuanya memilih QMT tersebut kerana semasa di part 1 kami sudah belajar QMT100 dan ramai yang dapat A dan semua tidak mahu mengambil multimedia & software engin kerana codenya CSC dan pada part 2 CSC adalah subjek yg sangat susah dan ramai yang dpt teruk termasuk aku sendiri. Tetapi aku tidak mengikut pilihan mereka dengan memilih QMT itu juga, aku mengkaji setiap mata pelajaran tersebut dan aku dapati yang QMT tersebut bukanlah QMT yang berkaitan dengan yang kami pelajari dahulu. Codenya mungkin sama tapi kandungan pembelajarannya sangat berlainan. Aku dengan confidentnya telah menolak QMT dari pilihanku kerana aku tidak mahu dibebani dengan 1 lagi subjek yang mempunyai 4 credit hours kerana pada sem hadapan aku sudah ada 2 subjek yang 4 credit hours. Apabila aku mengemukakan teori aku mengenai itu barulah mereka semua agak membuka mata mereka dan mula memadam kembali pilihan QMT yang mereka tanda.
Aku bukanlah hendak menunjuk diri aku bagus atau mengutuk rakan-rakanku sendiri atau apa pun tetapi aku cuma ingin memberi contoh betapa singkatnya pemikiran seseorang yang sudah bergelar siswa atau siswi. Walau sudah mendapat gelaran itu namun tahap pemikiran masih lagi umpama pelajar sekolah. Bagaimanakah bangsa kita ingin maju dengan tahap pemikiran begini? Tidak hairanlah kini bagaimana bangsa asing sudah mula menguasai negara kita secara senyap. Lagi 1 persoalan yang menjadi tanda tanyaku dan ramai lagi iaitu Inikah dinamakan pelapis bangsa? Jika keputusan yang ingin dibuat untuk diri sendiri pun tidak mampu dibuat dengan baik bagaimanakah mereka akan membuat keputusan untuk dan demi orang lain?
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL..
p/s : Takziah diucapkan kepada jiranku yang kehilangan 2 insan tersayang berturut-turut. suaminya pada hari rabu yang lepas dan anaknya pada tengahari tadi. umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Ya ALLAH Ya Tuhanku, kau kuatkan dan teguhkanlah hati mereka untuk menempuh segala dugaanMu ini Ya ALLAH. Marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada kedua-dua arwah. al-Fatihah.
tadi dikejutkan dengan deringan 'go go power rangers' dari telefon sony ericsson ku..
ada 2 sms.. bukak yg first one.. bout uitm pasal masuk 4hb tu.. dh tau lame dh so xde ape yang nak dihairankan pun..
bukak lagi 1 sms.. si pengirim tulis
'dil, jpa dah masuk dah'
dengan mata yang serius kelam pada mulanya terus segar bugar..
laptop pun apa hal entah tertutup dengan sendirinya waktu aku tertidur di hadapannya pagi tadi.. kerisauan datang menerjah sebab laptop ku baru je buat hal yg sama sebelum balik cuti..
alhamdulillah laptop xde pape.. sumting wrong sumwhere I also dunno.. let it be..
on semula laptop dan terus bukak bankislam.biz.. fastest way to check on my money rather than goin to the ATM.. zaman teknologi di hujung jari kene la guna kan
selepas dah login ape semua click kat account summary and guess what?? juz look n see lah..
tak perlulah anda semua tahu nilai sebenar.. cukup sekadar tahu ianya 4 angka..hehe
itu baru hepy yang pertama.. yang keduanya pula aku baru dapat email dari cdjapan..
pada mulanya tak mahu dilayan la sangat sebab selalunya upcoming news mail yang di send semenjak dua menjak ni hanyalah tentang mags or photobook tapi kali ni tidak lagi.. kali ini mereka membawa 1 khabar berita yang sangat membuatkan aku hepy teramat iaitu 'Tegomass 1st LIVE TOUR- Tegomass no Uta DVD akan direleasekan pada bulan january tahun hadapan..
dengan kewangan yang dah ok semula ni rasanya akan menjadi 1 kerugian buat aku seandainya aku tidak membelinya.
namun begitu aku masih belum membuat sebarang order kerana masih menunggu tentang product ini keluar di play-asia.. my favourite place for online shopping..huhu
p/s: DVD NEWS pun tak dapat lagi ni dah tambah dengan Tegomass pula.. makin menjadi2 la aku nk menatap Tegoshi aku yang comel!!
since Tegomass will release a DVD, I'm wishing for Yamapi's one next.. wanna see TomaPi love in clearer version!! fancam x bape best
Walau daif dengan kemudahan-kemudahan yang berteknologi tinggi,
Walau tanpa bangunan-bangunan pencakar langit yang gah di mata masyarakat,
Walau rumah-rumah yang tidak berpijak di bumi yang nyata amat jarang dilihat,
Namun Taiping sentiasa utuh di hatiku.
Aku bangga menjadi anak jati Taiping!!
Lihatlah keindahan Bukit Larut yang tersergam indah di awal pagi. namun semua ini mungkin akan berubah.. seperti yang anda lihat pembanguan yang pesat sudah turut mempengaruhi bandar Taiping dan dalam jangka masa kurang 6 bulan lagi aku mungkin sudah tidak dapat melihat lagi keindahan seperti ini..
Kenapa mesti segala keindahan dan keharmonian yang menjadi kebanggaan dan kemegahan bandar Taiping ini semakin hari semakin dirampas oleh mereka-mereka yang mementingkan pembangunan? Kenapa tidak boleh dikekalkan sahaja identiti sejak turun-temurun zaman tok nenek aku ini?
Aku bukanlah seorang yang anti pembangunan mahupun teknologi. Aku cuma tidak suka apabila bandar Taiping seperti sudah dijajah dengan pemikiran-pemikiran dunia luar. Aku bersyukur kerana aku masih bisa melihat segala keindahan ciptaan ALLAH ini dan aku bersimpati kepada generasi-generasi yang akan datang yang mungkin tidak berpeluang untuk menatap segala ini. Jika sekarang pun sudah ramai adik-adik kecil yang tidak pernah melihat dan tidak kenal dengan sungai, tasik semulajadi, laut, pantai dan segala macam lagi anugerah ciptaan ALLAH. Yang mereka sering menjadi tatapan mata mereka ialah kolam mandi, tasik buatan manusia, taman tema air dan sebagainya.
p/s : I love Taiping the way it is now. Not so kolot and not so membangun. At least I can still see the beautifulness of Taiping and I still can find what I want quite easily. So please let Taiping stay as it is now. Please..