this is where your cbox should be! (:
so you can have msg + stuff ^^
Sunday, December 27, 2009
quotation dr seseorang berkenaan perkara berbangkit
"ntah r. x sure la.. tp rse ny smbung lg kot. coz serapan ke degree ni kn bru bt.. so, jpa mybe tukar la psl program kte ni"
logik ke??
miracle mungkin
obviously otak semput lagi.. (bukan aku aa..)
p/s:
1. sebarang ketidak fahaman mengenai quotation di atas amatlah dikesali.. seperti yang tertera ianya adalah quatiation jadi saya tidak berhak untuk merombak apa2..
2. anda tidak faham keseluruhan teks?? rujuk entry 6 & 8 Disember 2009.. sekian terima kasih
nah wa dapat tapi dalam ati wa memang wa tamau pergi tapi ada banyak sebab yang kasi wa macam nak pegi dan banyak sebab juga yang membuatkan wa tak boleh pergi.
tamau cakap banyak.. kepala runsing + serabut macam2 aa.. wa tade hati mau tulis pape.. lain kali bila hati wa sudah come back wa tulis..
kembali dengan mood dunia j-pop/j-dorama aku skang nie.. disebabkan dunia melayu cam kurang aktiv je j-world aku dah take over shift la.. huhu
skang tengah layan tengok kamen rider.. macam2 jenis tapi yang memang tengok betul2 skang ni kamen rider den-o.. decade pun layan gak sikit2.. kiva pun plan nak tengok gak.. aduh macam2 ahh.. abang aku kata "ang sorang je la kot pompuan yang suka kamen rider" kalau betul bangga gak..haha
selain kamen rider semalam saje2 tengok liar game 2.. windu arr.. and memang kasi segala suis2 dalam otak ni plug in balik la.. lama tak tengok citer2 menguji minda cam ni.. citer2 camni la my favourite.. contoh citernye cam liar game ni, kurosagi, files of young kindaichi, detective conan.. segala jenis citer yang memang kene fikir di luar diameter otak la..haha
okey last thursday me and my family went to ipoh.. jalan2.. then pegi 1 kedai cd ni aku try2 arr tgk kalau2 ada malaysia version johnny's act punye konsert DVD cam KT's Queen of Pirates yang aku beli awal tahun hari tu tapi malangnya 1 pun takde kecuali Dream Boys tapi DVD tu kat Tepeng ni pun ada.. disebabkan takde aku pun decided nak beli DVD artis korea la.. korea belambak sehh.. SS501, SuJu, Big Bang, DBSK macam2 ahh.. sakit ati aku.. finally aku beli SuJu's Super Show sebab setakat ni SuJu je la kot artis korea yang aku boleh terima.. seriously I'm not into k-pop so much.. it was all because of majority of my friends are k-pop fans and not j-pop so I don't have other choice than to just follow them.. pity me..
dah balik bukak kat laptop je sebab adik aku tengok tv kat luar so no tv for me plus my parents wanna watch Sukan SEA football match final malaysia vs vietnam so badly.. I wanna watch it so badly too but I give my priority to SuJu first.. and I regret it actually talking bout this DVD it is actually dissapointed me.. the resolution is not as good as johnny's DVD.. it is quite blurry, the sound system is also very bad.. the crowd screaming is louder than the group's voice although the scream is quite slow in the dolby audio setting but still it is really annoying!! some of the songs they didn't performed it live.. just miming, the 'selingan' video before they performed on most of their song really makes me wanna get mad.. sikit je lagi nak meletup.. after hearing most of their songs that I never heard before or should I say it is not the A-side of their album, I conclude that most of their songs are boring.. this DVD really makes me wanna skip most part of it.. and I don't even finish watching it til now.. I think my problem is not with suju but maybe towards k-pop itself.. mybe my jiwa tak kena ngan k-pop so now I only wanna stick to j-pop.. I don't wanna be influenced by k-pop so much..
yeah of course tak semua tentang this concert are bad.. I admitted that SuJu or maybe most of korean artists are better in dancing than japanese artists.. but although NEWS or any other johnnys act are not as good as korean in dancing and their concert also don't have lots of song that they need to dance but I can accept that because I think they are not just entertaining but they also communicating with their fans and I like their concepts.
skarang still tengah OTW downloading KT's BTR concert.. dah tengok sikit.. best giler la.. I read a few people's comment and they said that this concert is the best Johnny's act concert ever.. I admitted it.. It really really awesome but I don't know why aku boleh tertidur masa tengah tengok concert ni.. thats prove that NEWS is no.1 in my heart!! huahua
hari ni (hari ni kerr).. semalam 16 november 2009, KAT-TUN LIVE BREAK THE RECORDS DVD direleasekan..
banyak benda pasal KT yang wa tak puas hati sebenarnya.. pasal setiap single diorang ada DVD making of, diorang kerap keluar single, diorang takde hujan takde ribut takde angin tetibe je announce nak keluar single/album/dvd..
kalau NEWS dah la single hampir semua tak include DVD.. nak keluar single sikit punya payah.. tahun ni baru 1 single jer.. single/album/dvd NEWS lebih sebulan announce baru nk release.. jenuh tunggu..
kali ni wa nak specifiedkan lagi ketidak puas hatian wa ni dengan DVD dorang yang baru release tu..
dah la concert tu baru je held around june hari tu dah keluar dah DVD dia.. NEWS tunggu sampai setahun baru la nak release dvd live diamond tu..
yang bertambah-tambahnya lagi sakit hati wa ni bila tengok cover dia..
lawa siottt!!
NEWS punya cover cikai jerrkk..
dah la NEWS punye dvd announce nak release dari bulan sept lagi so dorang ada masa lebih kurang sebulan lebih nak produce dvd tu tp cover cikai nak mati...
yang KT plak announce release dvd tu x sampai sebulan je kot tp cover pehh.. mmg kasi wa panas giler ahh..
kalau lu orang tarak pecaya kasi tengok sendiri la dia punya perbezaan terlampau..
NEWS LIVE DIAMOND
KAT-TUN LIVE BREAK THE RECORDS
tp papepun wa takde la tak suke sama KT..
wa geram gak nak beli dvd tu.. tgh tahan nafsu ni..
tapi wa mmg tak puas hati sama itu orang tua johnny!! manyak diskriminasi terlampau!!
2, 3 hari menyepikan diri.. masih lagi bersedih atas penyingkiran Dira & Ash namun sampai bila kan.. tuan punya badan sendiri pun sudah mula meng'ok'kan diri takkan aku pulak yang lebih2 kan..
dalam 2,3 hari ni takde kerja lain yang dibuat.. bermuram aje.. game digimon yang dulu tergedik2 sangat nak main tu pun dah tak sentuh dah.. xde mood terus nak main.. nasib baik barang yang dinanti-nanti sekian lama dah sampai juga akhirnya..
taraa!!
ni dia NEWS LIVE DIAMOND DVD... dan Yamapi's Loveless single
Loveless tak tengok dan tak bukak pun lagi but DVD tu dah tengok abis dah cuma part making of PV je tak tengok lagi sebab aku kena split & cut dulu video tu klu nk synchronise kan die dengan soft subs and aku malas nak install balik software die.. dah try gune sony vegas cam ade prob je..
lama gak amik masa nak ripping dvd ni sumer.. bosan menunggu sambil dalam kesedihan tu meluangkan masa menonton kembali persembahan dira & ash dan juga gelagat mereka dalam detik dan di sebalik SB.. sedey dowh bila tengok balik.. rindunya nak tengok dorang.. lepas ni dah takde dah.. sob sob.. nasib baik semalam dapat gak tengok dorang kat gala tv.. dira sedey giler ahh.. sikit je lagi er mata tu nak meleleh.. sedey tengok die sedey.. :'(
sambung kembali dengan NEWS LIVE DIAMOND tu.. overall aku sangat suker dengan DVD ni!! concert footage lama total around 2hours 30 minutes.. tour documentary pun lama gak 1 hour 30 minutes.. siap ada PV n making of for each and everyone of them..
selain dari kandungan video yang sangat lama dan padat ianya juga sangat menarik dengan pemilihan lagu yang kebanyakannya bukan lagu yang sering mereka nyanyikan di tour2 sebelum ini.. kebanyakannya adalah B-sides singles mereka dan ada beberapa lagu dari album color mereka yang baru sahaja release sewaktu concert ini berlangsung.. selain itu tour documentary pun sangat best!! lawak dan rupa2nya baru aku tahu yang tour kali ini mereka sendiri yang organize dari segi pemilihan baju, lagu, tarian dan segala macam lagi ahh.. hmmm patut la best jerr..huhu
k personal fav lagu 'Say Hello' sangat cute tarian dan lagunya.. 'Share' sedap, lirik meaningful dan yang paling penting dorang wat sendiri lagu tu masa tour tu.. dasyat aa dorang.. 'Ai no Matador' TEGOSHIku sangat kakoiii!! 'Ginza Rhapsody' KoyamaP duo sangat bes dengan lagu tu pun best sangat!! 'FLY AGAIN' lagu yang simple tapi best dan lirik yang menaikkan semangat orang.. best!!
overall aku suker sumer!! hampeh betul tahun ni takde concert tour.. alasan sebab dorang hanya ada 1 single dan tak keluar album tahun ni.. Hey! Say! JUMP yang tak keluarkan apa2 single atau album tahun ni pun dah berapa kali dah buat tour tahun ni.. cam bangang.. BAKA!! Johnny-san selalu diskriminasi..
btw lupa plak nak citer sebelum debaran SB yang menyedihkan tu aku belanja family aku makan pizza n guess what sumer skali RM 70.40!! Bankrupt aku kalau selalu camni.. nasib tak payah nak beli topup nak vote lagi dah..huhu..
Seperti yang semua ketahui sebentar tadi debaran Sehati Berdansa minggu ke-8 telah melabuhkan tirainya dan kali ini pasangan yang menjadi mangsa penyingkiran adalah pasangan yang bagi aku adalah yang terbaik di SB iaitu Dira & Ash.
Gugurnya mereka dari sehati berdansa maka gugurlah juga minatku untuk melihat Sehati Berdansa.
Bohonglah kalau aku katakan yang aku tak sedih.. Selepas mendengar pengumuman mereka yang tersingkir aku sudah rasa lain macam tetapi air mata yang mahal ini masih mampu untuk ditahan. Namun sedang menulis ini nyata aku tak mempunyai kekuatan untuk menahannya lagi. Hatiku mula sebak dan akhirnya gugur jugalah air jernih itu.
Walaupun sudah tersingkir aku tetap akan menyokong mereka dan sesekali tak akan menyesal walau telah membakar banyak duit untuk astro demi untuk melihat Dira n Ash kekal di lantai Sehati Berdansa. Jika sebelum ini aku mesti akan menyesal jika artis yang aku vote itu tersingkir tetapi tidak pada mereka. Walaupun kali ini aku menghabiskan duit yang agak banyak untuk mengundi mereka namun tidak muncul rasa sesal walau sedikitpun dalam hatiku.. Aku lebih berpuas hati kerana at least aku telah membuat 1 contribution kepada mereka walaupun tak seberapa..
;
9:43 PM
***
Friday, December 11, 2009
malas nak citer.. kalau nak citer pun kasi wa ilang semangat.. tapi wa citer aa gak ckit je..
wa punyer result sem ni mmg aa naik dr sem lepas.. tu pun ciput je tapi wa punye cgpa turun lagi siott.. makin lama makin turun mmg kasi wa sugul giler nak mati ni.. ni la yang terjadi apabila expectation exceeds abilities..
dah aa malas citer lbey2.. dengan ini wa tutup ini entry dan ini topic.. sem depan sambung balik..
Selepas hampir sebulan yang lepas kami bertungkus lumus berperang bermati-matian menghadapi musuh tradisi iaitu kertas peperiksaan, akhirnya hari yang dinanti-nantikan oleh berpuluh/beratus ribuan pelajar-pelajar UiTM seluruh Malaysia sudah tiba iaitu hari keluarnya keputusan peperiksaan sesi Jul-Dis 2009. Yang tinggal sekarang hanyalah menanti detik untuk ke jam 10 malam.
Tiada sebarang kata yang mampu terungkap kini. Bila berada dalam situasi begini semuanya serba tak kena. sebelum hari ini soalan yang berlegar-legar di sekeliling otakku ialah 'kenapa CEPAT sangat result dah nak keluar dah ni?' kini soalan tersebut sudah bertukar shif dengan soalan 'kenapa LAMBAT sangat nak tunggu pukul 10 ni?'
Pelik kan? Benda bila jauh kita kata cepat tapi bila dah dekat kita kata lambat. Vice versa, contrapositive, paradox dan segala macam lagi term2 yang sewaktu dengannya. Sindrom-sindrom ini boleh terjadi apabila kestabilan otak tak mencapai piawaian dan indeks purata degupan jantung tak menentu.
Penyakit ini akan berlanjutan sehingga result diketahui insyaallah malam ini. Tetapi jika penyakit ini masih lagi berlanjutan selepas mengetahui result silalah membuat temu janji dengan doktor-doktor pakar untuk rawatan susulan.
hari ni bes gak sebab berpeluang berchatting ngan DIRA sendiri!! n ezrey koreographer dorang. mula2 cam tak percaya tp inilah yang sebenar-benarnya yang terjadi. namun disebabkan dira yang busy dengan kerja-kerjanya dia tidaklah dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap chatting sahaja. Sekejap ada sekejap hilang namun tak mengapa, aku faham dia mempunyai banyak komitmen.. but at least there are some of my questions that she answered. ohh.. once again happy day!!
btw hari ini sedang pusing2 sekitar forum cari, terjumpa 1 post tentang sinopsis sindarela 2. seperti yang ramai ketahui sindarela adalah sebuah cerita yang diminati ramai sekitar tahun lepas dengan gandingan pelakon-pelakon hebat seperti sharifah amani, bront palarae dan remy ishak. Mungkin dah ramai sangat yang sudah tahu tapi untuk yang mungkin tidak berapa perasan sebenarnya tajuk SINDARELA itu sebenarnya gabungan nama 3 watak ini iaitu husSIN, haiDAR dan zoELA. whadaya think?? kreatif kan.. bagi saya cerita ini bukan sahaja kreatif malah sangat menarik dan saya memang amat berharap akan ada sambungan cerita ini.
namun sebenarnya berkenaan dengan sinopsis itu, ianya hanyalah karya peminat dan dihantar ke radius one untuk mereka pertimbangkan sekiranya ingin mewujudkan sindarela 2. namun setahu aku si pengarah sindarela ni, mr ezad selalunya akan membuat jalan ceritanya sendiri jadi aku tak rasa yang sinopsis tersebut akan diguna pakai. tetapi pada pendapat aku jalan ceritanya agak menarik (for amatuers). jika anda berminat untuk membaca sinopsis tersebut bolehlah lawat forum cari di sini dan jika anda rajin silalah komen-mengomen di forum tersebut.
namun persoalannya kini.. akan wujudkah sindarela 2?? we juz have to wait and see.. who knows kerana sambutan yang menggalakkan kemungkinan ada..
hari ni sebenarnya aku rasa best and excited sangat sbb td sebenarnya aku berpeluang chat ngan ash BAU kat dirash frenz punya chatbox.. baik dowh die.. soalan aku n org2 lain hampir sumer dijawabnya.. mmg x sombong la.. biasa la rockstar la katakan.. mmg rock abis aa.. sempoi jer.. hehe sebenarnya xmau la ckp byk sbb main topic aku bkn pasal ni tp pasal bende lain so lets drop the subject k..
masih lagi bercerita mengenai program fast track yang tak habis2 lagi ni.. 2 hari yg lepas aku meletakkan status 'sape yg dh buat permohonan FAST TRACK' di facebook ku.. ada la beberapa org yg respon tp ape yg mengganggu aku ialah cara diorang berkomunikasi mengenai subjek ini sangatlah serius seolah-olah mereka sudah ingin sangat-sangat masuk ke peringkat ijazah sarjana muda. mereka teramatlah excited tentang ini hinggakan mereka menjadi pelik apabila aku menyatakan yang aku tidak mahu mengikuti program tersebut.
setelah melihat telatah2 rakan sekelasku aku meminta rakan sebilikku untuk menelefonku kerana 2 hari lepas adalah hari lahirnya dan dia mendapat panggilan percuma dari celcom. Pelbagai topik yang kami bincangkan tetapi salah satu topik yang sangat menarik perhatianku adalah tantang FAST TRACK ini. Dia menyatakan bahawa daripada kursusnya, hanya 1 kursus bachelor sahaja yang ditawarkan untuk mereka dan kursus itu sangat general dan bukanlah menjadi pilihannya jadi dia memang nampaknya tidak berminat dengan program ini. Tetapi lain pula ceritanya dengan seorang coursematenya yang juga rakan kami sendiri yang nampaknya mungkin sangat berminat dengan program ini sehinggakan sanggup menghubungi pihak UiTM sendiri untuk bertanyakan jikalau ada kursus bachelor lain yang boleh ditawarkan untuk mereka. Mungkin ianya adalah satu perkara yang normal untuk menghubungi pihak UiTM tetapi sebenarnya si empunya badan itu sendiri adalah penerima biasiswa JPA. Mengikut kefahaman aku, pelajar yang telah menerima biasiswa JPA mestilah mengikut segala yang tertera dalam surat tawaran universiti iaitu tempat dan juga kursus. Jika hendak menukar kampus pun tidak dibenarkan inikan pula berhenti dari kursus diploma kemudian terus mengambil degree. ini lagi satu bukti yang menunjukkan betapa semputnya pemikiran pelajar-pelajar universiti.
Aku tidak tahu apa yang mereka fikirkan. Adakah mereka expect yang JPA akan tetap akan menanggung mereka untuk bachelor programme? Pihak JPA sendiri sudah tersedia dengan peruntukan mereka yang tersendiri untuk diploma dan degree.. takkan kerana pelajar itu yang tiba-tiba mendapat peluang ke peringkat ijazah muda, mereka akan menukarkan peruntukan dari diploma ke ijazah?? sounds impossible to me. jika jumlah tajaan untuk diploma dan ijazah bagi setiap pelajar adalah sama, kemungkinan ada beberapa peratus ianya akan terjadi tapi teramat-amatlah agak mustahil juga kerana anda ingat kerana anda JPA akan membuang masa mereka menukar segala macam dokumen-dokumen mereka semua itu?? semua ini kerja gila jika mereka ingin melakukannya jadi kesimpulannya pemikiran ini memenag tidak boleh dipakai.
andai kata mereka tidak kisah sekiranya mereka terlepas untuk mendapat biasiswa JPA tersebut demi cita-cita mereka ingin ke peringkat ijazah muda sem hadapan, adakah mereka expect yang mereka akan dibebaskan begitu sahaja? Mengenai ini, saya sendiri juga tidak tahu menahu sama ada JPA akan menuntut ganti rugi ataupun tidak tetapi kebiasaannya jika pelajar melanggar kontrak yang telah dimatikan dengan setem hasil itu, pihak JPA berhak untuk menuntut ganti rugi dari pelajar berkenaan. Bukan sahaja mereka perlu memulangkan kembali jumlah duit yang telah dikreditkan dalam akaun malah mereka juga berkemungkinan perlu membayar lebih dari itu.. seingat saya ganti rugi berjumlah RM100k.. Tetapi sekali lagi saya nyatakan di sini bahawa saya sendiri tidak berapa pasti tentang tuntutan ganti rugi ini.
Satu perkara lagi mengenai kesemputan otak ini ialah sewaktu ingin mengambil segala macam dokumen yang perlu diisi mengenai JPA, aku sendiri sudah menyatakan kepada rakan-rakan sekelasku yang lain bahawa sesiapa yang mendapat JPA tidak boleh meneruskan hasrat untuk ke bachelor sem hadapan kerana syarat-syarat tersebut tetapi ternyata mereka seperti buat endah tak endah kerana mereka tetap seperti ingin sangat-sangat mengikuti program fast track itu.
kesimpulannya seperti pos yang telah saya buat sebelum ini memang terang lagi bersuluh masyarakat kita masih mundur dari pelbagai segi. Bagaimana cara untuk mengatasinya? Semuanya terletak di tangan anda sendiri. Saya akui saya sendiri pun mempunyai banyak sangat kekurangan dan sudah menjadi lumrah manusia bahawa kita tak akan nampak salah atau kekurangan diri kita sendiri tapi kita lebih senang untuk nampak kesalahan atau kekurangan orang lain. Jadi kepada semua orang saya menyusun sepuluh jari ini seandainya ada yang terasa di hati mengenai apa yang telah saya coretkan ataupun jika bahasa yang saya gunakan terlampau perit untuk anda hadamkan. Bergantung kepada diri anda sendiri untuk menafsir siapa saya tetapi percayalah bahawa setiap apa yang saya tulis bukanlah berniat untuk melukakan hati seseiapa mahupun mengaibkan sesiapa. Nawaitu saya adalah untuk anda semua sedar bahawa kita masih lagi hidup dalam kebelengguan. Kepada rakan-rakan ku, diri ini amatlah ingin meminta maaf seribu kali maaf kerana mengata buruk mengenai anda semua tetapi apakan daya pemandangan mataku masih belum cukup luas untuk menyingkap dilemma kehidupan masyarakat lain. Anda semualah model yang terdekat yang mampu saya jadikan penghias blog yang tak seberapa ini
I'm so in LOVE with this song!! really really fall in LOVE!! LOVEless really makin me feelin LOVEfull not LOVEless coz I didn't understand the words but the song is really really LOVEly!! I LOVE you YAMASHITA TOMOHISA!! for singing this beautiful LOVEfull.. oopps LOVEless!!
this is the full preview of the PV
this PV was being filmed in NYC!!
not Nakayama Yamada Chinen but the real NEW YORK CITY!!
Pagi tadi sekali lagi power rangers ku menggerakkan aku bangun dari tidur ku yang tak berapa nak nyenyak. Kali ini nombor yang tertera di skrin telefonku bukanlah rakan-rakanku tetapi dari nombor yang aku bukan setakat tak kenali tetapi agak pelik kerana hanya mempunyai 5 angka. Tanpa membuang masa aku pun membukanya dan isi kandungan SMS tersebut berbunyi begini
"RM 0.00 Sila layari i-student portal UiTM untuk maklumat lanjut tentang penerapan ke Ijazah Sarjana Muda."
Perkara pertama yang terlintas di kepala dalam keadaan yang agak tak betul itu adalah
"Gila ke apa??" (bukan apa UiTM memang selalu bagi SMS merepek dan tidak berkenaan)
Setelah dah tak mampu berfikir dengan agak logik lagi tika itu aku pun menyambung semula tidurku. Tidur yang kurang nak lena itu akhirnya terpaksa dibatalkan memandangkan ada kenduri kahwin jiranku yang harus dihadiri.
Apabila bangun segala macam gear dalam kepala otak ni mula generate sedikit demi sedikit. TIba-tibe terlintas di otak mengenai SMS tadi. Kepala otak mula memproses bait-bait kandungan SMS tersebut dan mula mengimbas dan memuhasabah status diri ini.
Baru aku sedar yang walaupun aku bukanlah pelajar tahun akhir diploma namun UiTM telah mengadakan 1 program yang membantu pelajar-pelajar untuk menggenggam segulung ijazah dengan lebih cepat.
Program tersebut ialah 'PENERAPAN PELAJAR SEMESTER 3 KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA' ataupun dengan nama lainnya 'FAST TRACK'.
Program ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar bahagian 3 kursus-kursus tertentu dan yang mendapat CGPA 3.0 ke atas untuk terus ke Program Ijazah Sarjana Muda pada semester hadapan.
Apabila bercakap mengenai program ini boleh dikatakan kesemua pelajar akan mula excited. Walaupun aku yang pada mulanya sewaktu berada di part 2 yang di mana hanya rakan-rakan sebilik dan jiran-jiran sebelah-menyebelahku sahaja baru perkatakan mengenai program ini, rakan-rakan sekelasku masih belum bercakap-cakap mengenai ini, aku sudah menyatakan yang aku tidak berminat dengan program ini kerana aku dapat predict consequencesnya.
Namun tembok hatiku nyata rapuh dan roboh juga di saat rakan-rakan sekelasku mula merancang masa hadapan mereka dengan memilih kursus yang mereka inginkan untuk bachelor secara serius dan apabila aku bertanya seorang demi seorang mengenai program ini hampir kesemuanya berkata yang mereka ingin mengikuti program ini kalau berpeluang. Aku, sebagai pelajar yang boleh dikatakan mencapai CGPA yang agak tinggi di dalam kelas itu(bukan nk berlagak or wateva aa.. kalau aku nak berlagak dah lama aku bagitau betul2 berapa yang aku dapat sebenarnya waktu part 1 dulu) sudah semestinya antara yang berpeluang untuk dapat chances ni so most people expect me to follow this program and that's also affect my decision. Dan apabila ramai juga yang memberi alasan dengan "kalau ramai yang dapat dan nak pergi takkan nak tinggal kita je kan" turut menjadi salah satu faktor. Faktor yang terakhir adalah apabila kita hanya mampu melihat rakan-rakan dari matrikulasi sudah mula mengorak langkah mereka sebagai pelajar bachelor sedangkan kita masih lagi di tahap diploma. Bayangkanlah betapa kecilnya rasa diri ini apabila mereka-mereka sudah lebih satu tapak ke hadapan dan kita masih lagi terkiak-kial di belakang dan tak mampu untuk mengejar dan memintas mereka.
Tetapi jelas ini semua hanyalah pemikiran pendek dan pemikiran tidak matang pelajar-pelajar diploma. Setelah memuhasabah diri dan berbincang dengan ibuku yang terchenta, aku mula mencari pro & con melalui program ini. Jelas terdapat banyak keburukan yang dapatku terokai melalui program ini jika dibandingkan dengan merintih untuk mendapatkan diploma dahulu.
Antaranya ialah :
walaupun dapat terus ke degree namun masa belajar hanya kurang satu semester berbanding dengan menghabiskan diploma seterusnya ke degree kerana fast track perlu bermula dari part 1 degree dan jangka masa hingga grad adalah 6 semester. dan jika menghabiskan diploma kemudian baru sambung ke degree, ialah 3 semester diploma dan 4 semester degree.
bachelor sudah semestinya lebih susah berbanding diploma. dengan credit hours yang dalam lingkungan 20 untuk satu semester dan subjek pun lebih banyak. jika menghabiskan diploma aku hanya perlu menempuh 4 sem degree sahaja berbanding 6 sem.
kalau aku grad dip dan sambung degree tetapi sangkut dan tak boleh carry, sekurang-kurangnya aku sudah mempunyai sijil diploma. walaupun tak seberapa namun aku rasa lebih baik jika dibandingkan aku yang sambung degree tanpa sebarang sijil diploma dan sangkut.
Sebelum cuti aku sudah mula mempengaruhi pemikiran rakan-rakan dengan pendirianku dengan mengatakan "Aku TAKKAN ikut fast track tu" dan aku juga menerangkan mengenai keburukan-keburukannya juga. Namun sama ada mereka terpengaruh atau tidak semuanya terletak di hati mereka sendiri. Sekurang-kurangnya aku sudah mencuba.
Sedang menulis tentang ini, aku mula terfikir, sebenarnya rakan-rakan sekelasku kebanyakannya seperti tidak mampu untuk berfikir panjang. Selain daripada kes fast track ini satu lagi faktor yang membuatkan aku berani untuk mengeluarkan statement itu ialah apabila kami perlu memilih subjek elektif apa yang akan diambil sem hadapan.
Subjek-subjek tersebut agak tidak berkaitan dengan kami iaitu kalau tidak silap multimedia, software engineering(not sure), berkenaan bisnes dan satu lagi aku tak ingat berkenaan apa tetapi codenya ialah QMT. Semuanya 3 credit hours kecuali QMT iaitu 4. Hampir kesemuanya memilih QMT tersebut kerana semasa di part 1 kami sudah belajar QMT100 dan ramai yang dapat A dan semua tidak mahu mengambil multimedia & software engin kerana codenya CSC dan pada part 2 CSC adalah subjek yg sangat susah dan ramai yang dpt teruk termasuk aku sendiri. Tetapi aku tidak mengikut pilihan mereka dengan memilih QMT itu juga, aku mengkaji setiap mata pelajaran tersebut dan aku dapati yang QMT tersebut bukanlah QMT yang berkaitan dengan yang kami pelajari dahulu. Codenya mungkin sama tapi kandungan pembelajarannya sangat berlainan. Aku dengan confidentnya telah menolak QMT dari pilihanku kerana aku tidak mahu dibebani dengan 1 lagi subjek yang mempunyai 4 credit hours kerana pada sem hadapan aku sudah ada 2 subjek yang 4 credit hours. Apabila aku mengemukakan teori aku mengenai itu barulah mereka semua agak membuka mata mereka dan mula memadam kembali pilihan QMT yang mereka tanda.
Aku bukanlah hendak menunjuk diri aku bagus atau mengutuk rakan-rakanku sendiri atau apa pun tetapi aku cuma ingin memberi contoh betapa singkatnya pemikiran seseorang yang sudah bergelar siswa atau siswi. Walau sudah mendapat gelaran itu namun tahap pemikiran masih lagi umpama pelajar sekolah. Bagaimanakah bangsa kita ingin maju dengan tahap pemikiran begini? Tidak hairanlah kini bagaimana bangsa asing sudah mula menguasai negara kita secara senyap. Lagi 1 persoalan yang menjadi tanda tanyaku dan ramai lagi iaitu Inikah dinamakan pelapis bangsa? Jika keputusan yang ingin dibuat untuk diri sendiri pun tidak mampu dibuat dengan baik bagaimanakah mereka akan membuat keputusan untuk dan demi orang lain?
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL..
p/s : Takziah diucapkan kepada jiranku yang kehilangan 2 insan tersayang berturut-turut. suaminya pada hari rabu yang lepas dan anaknya pada tengahari tadi. umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Ya ALLAH Ya Tuhanku, kau kuatkan dan teguhkanlah hati mereka untuk menempuh segala dugaanMu ini Ya ALLAH. Marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada kedua-dua arwah. al-Fatihah.
tadi dikejutkan dengan deringan 'go go power rangers' dari telefon sony ericsson ku..
ada 2 sms.. bukak yg first one.. bout uitm pasal masuk 4hb tu.. dh tau lame dh so xde ape yang nak dihairankan pun..
bukak lagi 1 sms.. si pengirim tulis
'dil, jpa dah masuk dah'
dengan mata yang serius kelam pada mulanya terus segar bugar..
laptop pun apa hal entah tertutup dengan sendirinya waktu aku tertidur di hadapannya pagi tadi.. kerisauan datang menerjah sebab laptop ku baru je buat hal yg sama sebelum balik cuti..
alhamdulillah laptop xde pape.. sumting wrong sumwhere I also dunno.. let it be..
on semula laptop dan terus bukak bankislam.biz.. fastest way to check on my money rather than goin to the ATM.. zaman teknologi di hujung jari kene la guna kan
selepas dah login ape semua click kat account summary and guess what?? juz look n see lah..
tak perlulah anda semua tahu nilai sebenar.. cukup sekadar tahu ianya 4 angka..hehe
itu baru hepy yang pertama.. yang keduanya pula aku baru dapat email dari cdjapan..
pada mulanya tak mahu dilayan la sangat sebab selalunya upcoming news mail yang di send semenjak dua menjak ni hanyalah tentang mags or photobook tapi kali ni tidak lagi.. kali ini mereka membawa 1 khabar berita yang sangat membuatkan aku hepy teramat iaitu 'Tegomass 1st LIVE TOUR- Tegomass no Uta DVD akan direleasekan pada bulan january tahun hadapan..
dengan kewangan yang dah ok semula ni rasanya akan menjadi 1 kerugian buat aku seandainya aku tidak membelinya.
namun begitu aku masih belum membuat sebarang order kerana masih menunggu tentang product ini keluar di play-asia.. my favourite place for online shopping..huhu
p/s: DVD NEWS pun tak dapat lagi ni dah tambah dengan Tegomass pula.. makin menjadi2 la aku nk menatap Tegoshi aku yang comel!!
since Tegomass will release a DVD, I'm wishing for Yamapi's one next.. wanna see TomaPi love in clearer version!! fancam x bape best
aku tensyen giler nk mati ni menunggu dvd aku yg x smpai2 agi ni. aku dh order NEWS LIVE DVD[Limited Edition] dari bulan September/Oktober lagi kot tapi die release 4/11/2009 so mmg agak awal la aku order tu tapi disebabkan aku order skali dgn single baru Yamapi, Loveless yg release dlm 2 minggu lepas so mmg lambat la sepatutnya barang2 tu sampai tapi yang aku tensyen nak mati ni tarikh dia shipping dr hong kong adalah pada 19th Nov 2009 and estimated time to arrive yang company tu sendiri estimate kan ialah pada 1st of Dec 2009 but up until now hari2 aku check peti surat, surat jugak yang aku nampak. kotak tak muncul2 pun.. klu aku beli dr play-asia lebih kurang dlm 7-10 hari je barang akan sampai tp ni dh 2 minggu apa pun tarak agi..
dah masuk sebulan dah aku bersabar nk tengok DVD yang mengandungi klip dari NEWS WINTER PARTY DIAMOND concert yg diadakan dr tahun lepas hingga awal tahun ni. jgn kata sebulan actually dh dekat setahun sebab Johnny-san yang bodoh tu selalu menganak tirikan NEWS sampai DVD dorang dekat setahun baru nk release sedangkan KAT-TUN yang baru wat konsert dorang pertengahan tahun ari tu pun dah nk release DVD tu bulan ni.. cam bangang tul la.. discrimination.. (ni mula nk nyanyi lagu situasi ni..)
aku dah nak naik gila dah menunggu DVD tu.. klu mcm ni la aku rase maybe aku xmau beli dah kot barang dr company ni kecuali terdesak.. dah la klu ikut price mmg price dorang yg paling mahal siott tp dsebabkan dorang je yg ada stock nk x nak terpaksa gak sb DVD ni sangat limited dan dijual mcm gorang pisang panas sbb dh lama sgt org tunggu.. ni preview muka depan DVD tu..
aku tau cover die buruk nk mati tp nk wat camne dh ghopenye mmg cenggitu..
pic credits to play-asia
p/s : I spent more than RM300 for this DVD only.. yeah believe me it's true. it cost me USD89.99.. convert it by urself if u wanna know the exact amount.. u might say I'm a one crazy girl but I won't deny it if it comes to buying all this stuffs. I've spent maybe more than RM2000 overall for these kinda stuffs.. so I really don't care if u're goin to say that I'm crazy stupid idiot or anything.. do as u please..