Thursday, December 10, 2009

Selepas hampir sebulan yang lepas kami bertungkus lumus berperang bermati-matian menghadapi musuh tradisi iaitu kertas peperiksaan, akhirnya hari yang dinanti-nantikan oleh berpuluh/beratus ribuan pelajar-pelajar UiTM seluruh Malaysia sudah tiba iaitu hari keluarnya keputusan peperiksaan sesi Jul-Dis 2009. Yang tinggal sekarang hanyalah menanti detik untuk ke jam 10 malam.
Tiada sebarang kata yang mampu terungkap kini. Bila berada dalam situasi begini semuanya serba tak kena.
sebelum hari ini soalan yang berlegar-legar di sekeliling otakku ialah 'kenapa CEPAT sangat result dah nak keluar dah ni?'
kini soalan tersebut sudah bertukar shif dengan soalan 'kenapa LAMBAT sangat nak tunggu pukul 10 ni?'
Pelik kan? Benda bila jauh kita kata cepat tapi bila dah dekat kita kata lambat.
Vice versa, contrapositive, paradox dan segala macam lagi term2 yang sewaktu dengannya.
Sindrom-sindrom ini boleh terjadi apabila kestabilan otak tak mencapai piawaian dan indeks purata degupan jantung tak menentu.
Penyakit ini akan berlanjutan sehingga result diketahui insyaallah malam ini. Tetapi jika penyakit ini masih lagi berlanjutan selepas mengetahui result silalah membuat temu janji dengan doktor-doktor pakar untuk rawatan susulan.
Labels: merepek jap, uitm
;
1:06 AM
***