Lihatlah keindahan Bukit Larut yang tersergam indah di awal pagi. namun semua ini mungkin akan berubah.. seperti yang anda lihat pembanguan yang pesat sudah turut mempengaruhi bandar Taiping dan dalam jangka masa kurang 6 bulan lagi aku mungkin sudah tidak dapat melihat lagi keindahan seperti ini..
Kenapa mesti segala keindahan dan keharmonian yang menjadi kebanggaan dan kemegahan bandar Taiping ini semakin hari semakin dirampas oleh mereka-mereka yang mementingkan pembangunan? Kenapa tidak boleh dikekalkan sahaja identiti sejak turun-temurun zaman tok nenek aku ini?
Aku bukanlah seorang yang anti pembangunan mahupun teknologi. Aku cuma tidak suka apabila bandar Taiping seperti sudah dijajah dengan pemikiran-pemikiran dunia luar. Aku bersyukur kerana aku masih bisa melihat segala keindahan ciptaan ALLAH ini dan aku bersimpati kepada generasi-generasi yang akan datang yang mungkin tidak berpeluang untuk menatap segala ini. Jika sekarang pun sudah ramai adik-adik kecil yang tidak pernah melihat dan tidak kenal dengan sungai, tasik semulajadi, laut, pantai dan segala macam lagi anugerah ciptaan ALLAH. Yang mereka sering menjadi tatapan mata mereka ialah kolam mandi, tasik buatan manusia, taman tema air dan sebagainya.
p/s : I love Taiping the way it is now. Not so kolot and not so membangun. At least I can still see the beautifulness of Taiping and I still can find what I want quite easily. So please let Taiping stay as it is now. Please..
Labels: luahan hati, merepek jap