Wednesday, December 9, 2009
hari ni bes gak sebab berpeluang berchatting ngan DIRA sendiri!! n ezrey koreographer dorang. mula2 cam tak percaya tp inilah yang sebenar-benarnya yang terjadi. namun disebabkan dira yang busy dengan kerja-kerjanya dia tidaklah dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap chatting sahaja. Sekejap ada sekejap hilang namun tak mengapa, aku faham dia mempunyai banyak komitmen.. but at least there are some of my questions that she answered. ohh.. once again happy day!!
btw hari ini sedang pusing2 sekitar forum cari, terjumpa 1 post tentang sinopsis sindarela 2. seperti yang ramai ketahui sindarela adalah sebuah cerita yang diminati ramai sekitar tahun lepas dengan gandingan pelakon-pelakon hebat seperti sharifah amani, bront palarae dan remy ishak. Mungkin dah ramai sangat yang sudah tahu tapi untuk yang mungkin tidak berapa perasan sebenarnya tajuk SINDARELA itu sebenarnya gabungan nama 3 watak ini iaitu husSIN, haiDAR dan zoELA. whadaya think?? kreatif kan.. bagi saya cerita ini bukan sahaja kreatif malah sangat menarik dan saya memang amat berharap akan ada sambungan cerita ini.
namun sebenarnya berkenaan dengan sinopsis itu, ianya hanyalah karya peminat dan dihantar ke radius one untuk mereka pertimbangkan sekiranya ingin mewujudkan sindarela 2. namun setahu aku si pengarah sindarela ni, mr ezad selalunya akan membuat jalan ceritanya sendiri jadi aku tak rasa yang sinopsis tersebut akan diguna pakai. tetapi pada pendapat aku jalan ceritanya agak menarik (for amatuers). jika anda berminat untuk membaca sinopsis tersebut bolehlah lawat forum cari di
sinidan jika anda rajin silalah komen-mengomen di forum tersebut.
namun persoalannya kini.. akan wujudkah sindarela 2??
we juz have to wait and see.. who knows kerana sambutan yang menggalakkan kemungkinan ada..

P/s : result kuar esok!! cuak siott!!!
Labels: hiburan
;
5:32 AM
***