Tuesday, December 8, 2009
hari ni sebenarnya aku rasa best and excited sangat sbb td sebenarnya aku berpeluang chat ngan ash BAU kat dirash frenz punya chatbox.. baik dowh die.. soalan aku n org2 lain hampir sumer dijawabnya.. mmg x sombong la.. biasa la rockstar la katakan.. mmg rock abis aa.. sempoi jer.. hehe sebenarnya xmau la ckp byk sbb main topic aku bkn pasal ni tp pasal bende lain so lets drop the subject k..
masih lagi bercerita mengenai program fast track yang tak habis2 lagi ni..
2 hari yg lepas aku meletakkan status 'sape yg dh buat permohonan FAST TRACK' di facebook ku.. ada la beberapa org yg respon tp ape yg mengganggu aku ialah cara diorang berkomunikasi mengenai subjek ini sangatlah serius seolah-olah mereka sudah ingin sangat-sangat masuk ke peringkat ijazah sarjana muda. mereka teramatlah excited tentang ini hinggakan mereka menjadi pelik apabila aku menyatakan yang aku tidak mahu mengikuti program tersebut.
setelah melihat telatah2 rakan sekelasku aku meminta rakan sebilikku untuk menelefonku kerana 2 hari lepas adalah hari lahirnya dan dia mendapat panggilan percuma dari celcom. Pelbagai topik yang kami bincangkan tetapi salah satu topik yang sangat menarik perhatianku adalah tantang FAST TRACK ini. Dia menyatakan bahawa daripada kursusnya, hanya 1 kursus bachelor sahaja yang ditawarkan untuk mereka dan kursus itu sangat general dan bukanlah menjadi pilihannya jadi dia memang nampaknya tidak berminat dengan program ini. Tetapi lain pula ceritanya dengan seorang coursematenya yang juga rakan kami sendiri yang nampaknya mungkin sangat berminat dengan program ini sehinggakan sanggup menghubungi pihak UiTM sendiri untuk bertanyakan jikalau ada kursus bachelor lain yang boleh ditawarkan untuk mereka. Mungkin ianya adalah satu perkara yang normal untuk menghubungi pihak UiTM tetapi sebenarnya si empunya badan itu sendiri adalah penerima biasiswa JPA.
Mengikut kefahaman aku, pelajar yang telah menerima biasiswa JPA mestilah mengikut segala yang tertera dalam surat tawaran universiti iaitu tempat dan juga kursus. Jika hendak menukar kampus pun tidak dibenarkan inikan pula berhenti dari kursus diploma kemudian terus mengambil degree. ini lagi satu bukti yang menunjukkan betapa semputnya pemikiran pelajar-pelajar universiti.
Aku tidak tahu apa yang mereka fikirkan. Adakah mereka expect yang JPA akan tetap akan menanggung mereka untuk bachelor programme? Pihak JPA sendiri sudah tersedia dengan peruntukan mereka yang tersendiri untuk diploma dan degree.. takkan kerana pelajar itu yang tiba-tiba mendapat peluang ke peringkat ijazah muda, mereka akan menukarkan peruntukan dari diploma ke ijazah?? sounds impossible to me. jika jumlah tajaan untuk diploma dan ijazah bagi setiap pelajar adalah sama, kemungkinan ada beberapa peratus ianya akan terjadi tapi teramat-amatlah agak mustahil juga kerana anda ingat kerana anda JPA akan membuang masa mereka menukar segala macam dokumen-dokumen mereka semua itu?? semua ini kerja gila jika mereka ingin melakukannya jadi kesimpulannya pemikiran ini memenag tidak boleh dipakai.
andai kata mereka tidak kisah sekiranya mereka terlepas untuk mendapat biasiswa JPA tersebut demi cita-cita mereka ingin ke peringkat ijazah muda sem hadapan, adakah mereka expect yang mereka akan dibebaskan begitu sahaja? Mengenai ini, saya sendiri juga tidak tahu menahu sama ada JPA akan menuntut ganti rugi ataupun tidak tetapi kebiasaannya jika pelajar melanggar kontrak yang telah dimatikan dengan setem hasil itu, pihak JPA berhak untuk menuntut ganti rugi dari pelajar berkenaan. Bukan sahaja mereka perlu memulangkan kembali jumlah duit yang telah dikreditkan dalam akaun malah mereka juga berkemungkinan perlu membayar lebih dari itu.. seingat saya ganti rugi berjumlah RM100k..
Tetapi sekali lagi saya nyatakan di sini bahawa saya sendiri tidak berapa pasti tentang tuntutan ganti rugi ini.
Satu perkara lagi mengenai kesemputan otak ini ialah sewaktu ingin mengambil segala macam dokumen yang perlu diisi mengenai JPA, aku sendiri sudah menyatakan kepada rakan-rakan sekelasku yang lain bahawa sesiapa yang mendapat JPA tidak boleh meneruskan hasrat untuk ke bachelor sem hadapan kerana syarat-syarat tersebut tetapi ternyata mereka seperti buat endah tak endah kerana mereka tetap seperti ingin sangat-sangat mengikuti program fast track itu.
kesimpulannya seperti pos yang telah saya buat sebelum ini memang terang lagi bersuluh masyarakat kita masih mundur dari pelbagai segi. Bagaimana cara untuk mengatasinya? Semuanya terletak di tangan anda sendiri. Saya akui saya sendiri pun mempunyai banyak sangat kekurangan dan sudah menjadi lumrah manusia bahawa kita tak akan nampak salah atau kekurangan diri kita sendiri tapi kita lebih senang untuk nampak kesalahan atau kekurangan orang lain. Jadi kepada semua orang saya menyusun sepuluh jari ini seandainya ada yang terasa di hati mengenai apa yang telah saya coretkan ataupun jika bahasa yang saya gunakan terlampau perit untuk anda hadamkan. Bergantung kepada diri anda sendiri untuk menafsir siapa saya tetapi percayalah bahawa setiap apa yang saya tulis bukanlah berniat untuk melukakan hati seseiapa mahupun mengaibkan sesiapa. Nawaitu saya adalah untuk anda semua sedar bahawa kita masih lagi hidup dalam kebelengguan. Kepada rakan-rakan ku, diri ini amatlah ingin meminta maaf seribu kali maaf kerana mengata buruk mengenai anda semua tetapi apakan daya pemandangan mataku masih belum cukup luas untuk menyingkap dilemma kehidupan masyarakat lain. Anda semualah model yang terdekat yang mampu saya jadikan penghias blog yang tak seberapa ini
Labels: isu-isu semasa, luahan hati, uitm
;
5:53 AM
***