Sunday, December 13, 2009
Seperti yang semua ketahui sebentar tadi debaran Sehati Berdansa minggu ke-8 telah melabuhkan tirainya dan kali ini pasangan yang menjadi mangsa penyingkiran adalah pasangan yang bagi aku adalah yang terbaik di SB iaitu Dira & Ash.
Gugurnya mereka dari sehati berdansa maka gugurlah juga minatku untuk melihat Sehati Berdansa.
Bohonglah kalau aku katakan yang aku tak sedih..
Selepas mendengar pengumuman mereka yang tersingkir aku sudah rasa lain macam tetapi air mata yang mahal ini masih mampu untuk ditahan.
Namun sedang menulis ini nyata aku tak mempunyai kekuatan untuk menahannya lagi.
Hatiku mula sebak dan akhirnya gugur jugalah air jernih itu.
Walaupun sudah tersingkir aku tetap akan menyokong mereka dan sesekali tak akan menyesal walau telah membakar banyak duit untuk astro demi untuk melihat Dira n Ash kekal di lantai Sehati Berdansa.
Jika sebelum ini aku mesti akan menyesal jika artis yang aku vote itu tersingkir tetapi tidak pada mereka.
Walaupun kali ini aku menghabiskan duit yang agak banyak untuk mengundi mereka namun tidak muncul rasa sesal walau sedikitpun dalam hatiku..
Aku lebih berpuas hati kerana at least aku telah membuat 1 contribution kepada mereka walaupun tak seberapa..
;
9:43 PM
***